Persidangan Meja Bulat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Terhadap tiga orang pertama yang menjadi pembentang undangan itu, nampaknya ramai hadirin yang berpandangan “ketokohan”-nya tidak kena dengan majlis ini. Perbincangannya lebih kepada kepentingan bahasa Inggeris, bukan kepada tajuk Meja Bulat. Malah ditegur oleh beberapa orang hadirin supaya pengurusi membuat penegasan isu yang perlu dibincangkan, iaitu PSMI, bukannya kepentingan bahasa Inggeris.